Kepentingan ICT dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Sistem kurikulum prasekolah telah
dibina bersesuaian dengan tahap perkembangan dan bersesuaian dengan aspek
pembangunan dan kemajuan masa kini. Walaupun kaedah dan sistem yang ada cukup
untuk membantu dalam perkembangan pelajar prasekolah dari segi JERI
namun kelebihan ICT juga amat berguna dan membantu dalam melicinkan lagi proses
pembelajaran di prasekolah.
Terdapat banyak kepentingan ICT ini termasuklah
membantu guru untuk mendapatkan bahan pengajaran dan membantu pelajar untuk
menjelajah dunia ICT agar tidak ketinggalan dengan arus pemodenan. Penggunaan
peralatan ICT seperti komputer amat penting dalam membantu pelajar untuk
menjelajah dunia internet dan melalui internet, mereka dapat membuat banyak
aktiviti yang melibatkan perkembangan kognitif kanak-kanak.Antara kepentingan
internet kepada pelajar adalah seperti membantu mereka untuk
memperolehi maklumat dan bahan yang mereka sukar dapatkan di sekolah.
Selain
itu, pelajar juga dapat membuat aktiviti yang melibatkan interaksi
dengan
pelajar-pelajar lain dari luar negara melalui perkhidmatan internet.
Mereka juga dapat membuat projek kelas menggunakan komputer dengan
bantuan
internet. Contohnya di negara barat, pelajar berumur 4 tahun berpeluang
untuk
melayari laman web sekolah mereka dan memasukkan gambar mereka. Di
samping itu,
mereka juga boleh memasukkan suara mereka sekali. Seterusnya, ICT juga
dapat meningkatkan pembelajaran secara kolaboratif. Seperti contoh
diatas,
penggunaan ICT dapat meningkatkan penglibatan pelajar-pelajar dengan
aktiviti-aktiviti serta proses pembelajaran melalui “peer group” yang
lebih bersifat global.
Melalui ICT, pelajar-pelajar
mudah untuk menghubungi ataupun
melibatkan pakar-pakar dari dalam dan luar negara semasa sesi
pembelajaran. ICT
merupakan sesuatu yang amat luas penggunaannya dan ini memberikan banyak
pilihan kepada guru prasekolah dalam merancang pengajaran dan
pembelajaran dalam
kelas. Antaranya adalah, ICT boleh digunakan untuk pengayaan bagi
pelajar yang
agak cerdik berbanding dengan pelajar lain supaya mereka tidak merasa
bosan
dalam kelas dengan memberikan mereka aktiviti yang lebih mencabar minda.
Malah , ICT juga sesuai digunakan untuk pembelajaran yang menjurus
kepada
penyelesaian masalah kehidupan sebenar. Aktiviti yang berkaitan dengan
masa depan juga boleh dibuat serta aktiviti yang berbentuk simulasi.
Penggunaan
ICT dapat memberi peluang kepada murid untuk menentukan haluan dan
kemajuan
pembelajaran masing-masing dan mendorong murid terlibat secara lebih aktif dalam
pembelajaran. Secara umumnya, ICT berupaya membantu untuk
meningkatkan kefahaman serta penguasaan murid terhadap pelajaran yang
disampaikan.
Walaupun terdapat pelajar yang agak
lemah dalam kelas, namun mereka juga boleh belajar dan menggunakan komputer dikelas.
Ini akan sekali gus dapat meningkatkan motivasi mereka sebagai pelajar walaupun
lemah dan melatih mereka kearah pembelajaran individu. Selain itu juga,
dengan adanya internet, pelajar dan guru juga mudah untuk mengakses maklumat
yang sukar dicari sertamahal untuk diperolehi. Bukan itu saja, ICT juga
membolehkan murid mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar, terlalu mahal,
mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa serta juga dapat
meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi pelajar.
No comments:
Post a Comment