Thursday, November 22, 2012

aromaterapi

AromaTerapi Di Dalam Bilik Darjah Prasekolah

Aromaterapi memainkan peranan di dalam bilik darjah untuk kanak - kanak Prasekolah. Ini kerana aroma yang dihasilkan oleh bahan tersebut dapat mempengaruhi dan memberi rangsangan yang positif terhadap kanak - kanak. Dengan ini kanak - kanak akan dapat menikmati hari mereka di Prasekolah bersama guru dan rakan - rakan yang lain kerana mereka disediakan dengan suasana kelas yang kondusif dan bersesuaian dengan kehendak jiwa mereka.

Sebagaimana orang dewasa, kanak - kanak juga memerlukan sesuatu yang mengharumkan dan cantik pada pandangan mata mereka. Dengan ini dapat merangsang minda dan minat mereka untuk belajar kerana di samping adanya kelas yang kondusif seperti itu mereka dapat mengembangkan minat dan kemahiran yang ada  pada mereka dengan betul dan sesuai dengan peringkat umur mereka.

Aromaterapi bukan hanya diperlukan oleh kanak - kanak malah orang dewasa juga memerlukannya seperti untuk menenangkan hati dan jiwa dan juga untuk kelihatan anggun serta menawan, dengan ini mereka akan yakin pada diri sendiri dalam berhadapan dengan pelbagai jenis manusia. Tambahan pula bagi mereka yang bekerja sebagai guru, penyambut tetamu, kerani dan lain - lain yang memerlukan penampilan yang sentiasa kemas dan bertenaga, mereka memerlukan aromaterapi di dalam diri mereka.

Terdapat beberapa bahan - bahan yang boleh dijadikan sebagai bahan untuk aromaterapi iaitu kuntuman bunga ros atau mawar, bunga melur dan sebagainya. Memandangkan sekarang ini adalah dunia moden, kita boleh menyenangkan kerja kita dengan mendapatkan bahan aromaterapi di pasaraya atau kedai - kedai yang berhampiran seperti pewangi semburan automatik yang menggunakan bateri atau elektrik.


Selain dari itu, kita juga boleh menggunakan lilin yang wangi untuk mendapatkan aroma yang menarik minat kanak - kanak. Di samping itu, ianya dapat dikaitkan dengan proses P&P seseorang guru seperti bunga, lilin, cahaya, panas, cantik dan sebagainya. Bahan seperti bunga dan lilin dapat dikaitkan dengan P&P guru mengikut tema yang telah dirancang oleh guru tersebut.





No comments:

Post a Comment