Saturday, June 9, 2012

Berselawatlah

Umat Islam digalakkan memperbanyakkan selawat ke atas Nabi SAW terutama pada waktu dan tempat berikut :

  • Sesudah laungan azan.
  • Ketika hendak masuk dan ketika keluar masjid.
  • Dalam solat jenazah.
  • Dalam takbir-takbir Hari Raya.
  • Sewaktu membaca tahiyat akhir dalam solat.
  • Pada awal dan akhir bacaan doa,sesuai dengan hadis riwayat al-Tarmizi yang bermaksud 
          " Bahawa doa itu berhenti di antara langit dan bumi,tidak akan diangkat ke langit sehinggalah dibacakan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW"
  • Pada malam dan siang hari jumaat.
  • Dalam khutbah dan semasa bacaan doa Qunut.
  • Ketika orang menyebut Nama Rasulullah SAW.
  • Tiap pagi,petang ketika mengadakan majlis cerama,ketika susah ,sakit dan dalam apa jua keadaan.   

No comments:

Post a Comment