Berselawatlah
Umat Islam digalakkan memperbanyakkan selawat ke atas Nabi SAW terutama pada waktu dan tempat berikut :
- Sesudah laungan azan.
- Ketika hendak masuk dan ketika keluar masjid.
- Dalam solat jenazah.
- Dalam takbir-takbir Hari Raya.
- Sewaktu membaca tahiyat akhir dalam solat.
- Pada awal dan akhir bacaan doa,sesuai dengan hadis riwayat al-Tarmizi yang bermaksud
" Bahawa doa itu berhenti di antara langit dan bumi,tidak akan diangkat ke langit sehinggalah dibacakan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW"
- Pada malam dan siang hari jumaat.
- Dalam khutbah dan semasa bacaan doa Qunut.
- Ketika orang menyebut Nama Rasulullah SAW.
- Tiap pagi,petang ketika mengadakan majlis cerama,ketika susah ,sakit dan dalam apa jua keadaan.
No comments:
Post a Comment