Saturday, June 16, 2012

media yang sesuai utk kanak-kanak tyit

Antara contoh media yang sesuai adalah

1) komputer  - menyanyi/membuat senaman mengikut visual yang ditayangkan
2) kad imbas - kanak-kanak dapat menyebut perkataan atau gambar pada kad imbas
3) buku cerita - dapt melihat gambar dan guru blh bercerita

Friday, June 15, 2012

P&P dan Aplikasi

P&P dan Aplikasi yang sesuai untuk kanak-kanak TYITR:

1)Bercerita-buku cerita,gambar
2)Kitar semula-gambar,menggunakan tong sampah kitarsemula
3)Mengenal nombor-kad imbasan,cd nombor,puzzle nombor.
Media P&P yang sesuai untuk kanak-kanak tadika Yayasan Islam Terengganu. Berikan 3 aplikasi dan contoh.

1-.Contoh: Komputer
    
Aplikasi :

i-   Menyebut huruf vokal dan konsonan dengan menggunakan perisian bahasa.
ii-  Menyanyi atau membuat senaman mengikut visual yang ditayangkan.
iii- Menggunakan ilustrasi yang menarik minat kanak-kanak supaya mereka mudah     mengingati pembelajaran mereka.


2. Contoh: Televisyen dan video atau cakera liut
   
 Aplikasi:

i- Menayangkan rancangan yang berbentuk pembelajaran,seperti cerita yang bermoral,kisah dan teladan, Mari mengira atau membaca iqra.


3. Contoh: Buku cerita bergambar

Aplikasi:

i- Buku yang berwarna dan menggunakan bahasa yang mudah.
ii-Latihan membaca dengan bimbingan guru atau ibubapa
iii-Mengajak kanak-kanak menceritakan apa yang telah mereka lihat, baca dan cuba fahami dari buku cerita.

4. Contoh: kad imbas

Aplikasi:
i- Mengajak kanak-kanak menumpukan perhatian kepada kad imbas terutamanya ejaan, perkataan,nombor, bentuk atau gambar
ii- membuat permainan dengan menggunakan kad imbas


p/s: sila layari blog saya 

Sunday, June 10, 2012

MEDIA P&P DAN APLIKASI YANG SESUAI UNTUK KANAK-KANAK

Aplikasi: Guru mengajar kanak-kanak menulis

Contoh media: Menggunakan tray pasir , huruf-huruf blok ataupun menekap huruf-huruf yang
              telah laminatekan.

Aplikasi : Guru mengajar mengira, menyebut abjad dan sukukata.
Contoh media: smartbox, komputer

Aplikasi : Guru bercerita
Contoh media: boneka

Saturday, June 9, 2012

MEDIA P & P DAN APLIKASI YANG SESUAI UNTUK KANAK2

  1. Contoh :Apabila guru mengajar tentang kebersihan diri.
           Media & Aplikasi :Kanak-kanak menggunakan berus gigi dan sabun untuk membersihkan diri mereka.
     
     2. Contoh :Guru mengajar tentang kenderaan darat.
           Media & Aplikasi : Kanak-kanak mengasingkan gambar kenderaan yang beroda 2,4 dan berikutnya.


    3.  Contoh :Guru mengajar tentang cara membuat kuih donat.
         Media & aplikasi :Kanak-kanak mengunakan doh untuk belajar menguli dan menggetel(psikomoto halus).




 

Berselawatlah

Umat Islam digalakkan memperbanyakkan selawat ke atas Nabi SAW terutama pada waktu dan tempat berikut :

  • Sesudah laungan azan.
  • Ketika hendak masuk dan ketika keluar masjid.
  • Dalam solat jenazah.
  • Dalam takbir-takbir Hari Raya.
  • Sewaktu membaca tahiyat akhir dalam solat.
  • Pada awal dan akhir bacaan doa,sesuai dengan hadis riwayat al-Tarmizi yang bermaksud 
          " Bahawa doa itu berhenti di antara langit dan bumi,tidak akan diangkat ke langit sehinggalah dibacakan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW"
  • Pada malam dan siang hari jumaat.
  • Dalam khutbah dan semasa bacaan doa Qunut.
  • Ketika orang menyebut Nama Rasulullah SAW.
  • Tiap pagi,petang ketika mengadakan majlis cerama,ketika susah ,sakit dan dalam apa jua keadaan.   

Tuesday, June 5, 2012

pengalaman saya....

Salam satu Malaysia.
Saya ingin menceritakan pengalaman pahit yang berlaku pada saya ketika mengikuti kursus 
BIG di Pulau Peerhentian Kecil. Di mana ketika saya menjalani aktiviti kayak, saya terperangkap di dalam gua. Ketika itu hanya Tuhan saje yang tahu perasaan saya, saya tidak dapat berbuat apa-apa melainkan membiarkan kayak saya melanggar batu, sangkaan saya kayak saya akan terbalik,oh Tuhan betapa takutnya perasaan saya ketika itu. Mujurlah kawan-kawan saya ternampak saya dan mereka bersama pensyarah menolong saya keluar dari  gua itu. Namun, saya terpaksa jua menghabiskan kayuhan ke jeti "senget". Ketika itu airmata saya bercucuran membasahi pipi, takut,gerun dan macam-macam perasaan ketika itu. Ketika berpatah balik mujurlah saya ditemani oleh rakan-rakan dan pensyarah yang menemani saya ketika itu. Akhirnya saya selamat jua sampai ke daratan. Terima kasih rakan-rakan dan pensyarah ya....



Monday, June 4, 2012

Media Yang Sesuai Bagi Kanak-Kanak Tadika YITR

media yang sesuai untuk kanak-kanak tadika yayasan islam terengganu sertakan contoh&aplikasi 

i)Contoh: Guru mengajar tentang kebersihan ketika mengendalikan makanan 

  Aplikasi:  Mengunakan sarung tangan ketika mengendalikan makanan dapat mengelakan makanan tersebut dari dicemari kuman


ii) Contoh : Guru mengajar tentang cara mengasingkan kertas, kaca, plastik dan aluminium
  
  Aplikasi : Tong sampah untuk kitar semula

iii) Contoh : Guru memperkenalkan tentang sayur-sayuran
  
   Aplikasi : 



langkah-langkah atasi stress

LANGKAH – LANGKAH MENGATASI STRESS

Langkah 1 – Fahami Punca Stress
- Selidik punca yang menyebabkan stress terjadi kepada anda
- Cari masalah dalam diri satu persatu.
- Cuba mengubah rutin dan kebiasaan yang dilakukan sehingga
menyebabkan ketegangan.


Langkah 2 – Letakkan Keutamaan

- Senaraikan keutamaan untuk dilakukan
- Jangan melakukan semua pekerjaan tanpa memberi keutamaan
kepada yang lebih penting.
- Bertindak mengikut keutamaan untuk mengelakkan kita tidak
membuang masa dan melakukan sesuatu yang merugikan.

Langkah 3 – Selesaikan Masalah Satu Persatu.
- Selesaikan masalah kecil sebelum ia menjadi lebih besar.
- Cuba selesaikan masalah yang ada pada waktu yang sesuai.
- Dapatkan interaksi dan komunikasi yang lebih berkesan kerana ia
boleh menyelesaikan pertelingkahan dan masalah.

Langkah 4 – Menangis
- Titisan air mata dapat menjadi teman dan menceritakan seribu
masalah.
- Menangis merupakan amalan yang sihat dan dapat melapangkan
tekanan minda dan jiwa.
- Wanita lebih mudah menzahirkan emosinya melalui tangisan
berbanding lelaki yang lebih kerap memendam perasaan dan
menganggap menangis adalah sesuatu yang mengaibkan.

Langkah 5 – Ketawa
- Dapatkan masa untuk duduk bersama sahabat handai yang pandai
berjenaka dan berhiburlah bersama mereka.
- Ketawa membantu meningkatkan keupayan pernafasan dan
denyutan jantung, kegiatan otot-otot dan suhu badan juga dapat
diaktifkan.
- Proses ketawa boleh membantu membuang toksid di dalam badan
dan darah dapat berjalan dengan lebih lancar.

Langkah 6 – Bersenam Atau Beriadah
- Bersenam tidak hanya mencergaskan fizikal, bahkan mental juga
lapang setelah berpeluh
- Ketegangan jasmani dapat dielakkan dengan kerana peredaran
darah berjalan lancar kerana otot-otot digerakkan.
- Bersenam juga boleh membakar lemak yang boleh membawa
penyakit di dalam badan.

Langkah 7 – Menyanyi, Menari Dan Menjerit.
- Anda boleh melepaskan stress dengan menyanyi dalam bilik air tanpa
mementingkan sangat senikata lagu tersebut sambil menitiskan
airmata
- Pasang lagu yang rancak dan sesuai untuk menari sepuas hati
sehingga berpeluh
- Menjerit. Cari tempat yang sunyi dan jeritlah sekuat tenaga. Anda juga
boleh mendapatkan tempat yang bising seperti di tapak pembinaan
ataupun di dalam kebisingan waktu hujan dan di mana-mana
mengikut kreativiti anda.

Langkah 8 – Curahkan Perasaan Dalam Diari.
- Bila anda merasa tertekan akibat marah, sedih, kecewa dan
sebagainya, tulislah segala-galanya di dalam diari
- Tidak perlu mencatakan secara detail perasaan anda. Cukup sekadar
sedikit catatan. Simpan diari di tempat rahsia anda
- Kebiasaanya kita akan tertawa apabila membaca semula catitan kita
itu di lain masa kerana selalunya ianya terlalu remeh tidak seperti apa
yang digambarkan didalam diari.

Langkah 9 – Luahkan Pada Sahabat Karib.
- Mungkin anda melihat masalah itu terlalu berat, tetapi mungkin tidak
pada sahabat karib anda.
- Luahkan kepada sahabat anda itu perasaan anda kerana ia dapat
mengurangkan bebanan stress.
- Kemungkinan masalah anda akan selesai dengan pendapat dan
pandangan sahabat anda itu.

Langkah 10 – Meditasi Atau Bertafakur.
- Melakukan penilaian semula terhadap pertuturan, perbuatan dan
tingkahlaku yang telah dilakukan.
- Secara bertafakur dan bertenang anda boleh membuat
pertimbangan, di mana yang patut diperbaiki dan punca timbulnya
masalah sehingga anda dapat ketegangan.
- Pejamkan mata rapat-rapat dan lihatlah ke dalam diri, siapakah anda
sebenarnya dan apa yang anda ingini.

Langkah 11 – Tahu Had Kemampuan.
- Tahu bila bermula dan sepatutnya berhenti serta jangan terlalu
memaksa diri.
- Jangan terlalu membuang masa kepada perkara yang anda tidak
lagi mampu ditanggung.
- Serahkan sesuatu urusan itu kepada orang yang lebih layak atau
mahir melakukannya supaya anda tidak terus-terusan tertekan.

Langkah 12 – Berusaha Dan Berserah.
- Bertawakallah kepada Tuhan setelah kita berusaha dengan sehabis
baik.
- Banyakkan melakukan perbuatan mahmudah (baik) dan menjauhkan
perbuatan mazmumah (jahat) serta tambahkan amalan-amalan
sunat seperti puasa, sembahyang, zikir dan sebagainya.
- Jangan biarkan hidup anda terus tertekan. Berusaha mendapatkan
jalan keluar bagi setiap masalah.

Langkah 13 – Bersantai
- Setelah berusaha keras melakukan rutin, anda perlu mencari sedikit
ketenangan seperti berekreasi di taman, berkelah di sungai atau di
mana-mana tempat yang dirasakan sesuai untuk memanjakan diri
dan minda.
- Lakukan juga kegiatan yang tidak terlalu membebankan minda dan
memberikan keseronokan
- Rehatkan diri sebentar sebelum memulakan tugasan baru.

Langkah 14 – Ambil Mudah.
- Biar sebesar mana dugaan yang diterima anggaplah ia sesuatu yang
mudah dan jangan terlalu membebankan fikiran.
- Jika boleh dan sesuai, bawalah tugasan yang tidak boleh diselesaikan
itu pada keesokkan harinya.
- Jangan terlalu membebankan masalah anda sehingga hidup jadi tak
keruan dan sukar tidur atau kurang selera makan dan sebagainya.

Langkah 15 – Mengadu Kepada Kaunselor.
- Sekiranya anda tidak mampu menyelesaikan masalah anda,
dapatkan kaunselor yang boleh membantu.
- Kaunselor dapat membantu proses penyelesaian masalah dan
tindakan yang perlu diambil.
- Kaunselor dapat memberitahu apa yang mungkin anda tidak sedar
mengenai diri sendiri.

Langkah 16 – Berurut.
- Berurut boleh membantu melancarkan perjalanan darah dan urat
yang tegang serta keras dapat dikendurkan. Dapatkan mereka yang
mahir dan bertauliah dalam teknik pengurutan.
- Selepas berurut anda akan merasakan kelegaan pada tubuh badan.
- Berurut walau kadangkala sedikit sakit, mampu menghilangkan
ketegangan akibat bebanan stress.

Langkah 17 – Refleksologi Atau Akupuntur.
- Melalui refleksologi kaki, punca penyakit dapat dikenalpasti.
- Akupuntur dapat melegakan kesakitan dan membantu
menghilangkan tekanan yang ditanggung.
- Cara ini sesuai untuk mengatasi masalah stress.

Langkah 18 – Hipnosis
- Anda berhadapan dengan pakar yang membawa anda memasuki
satu suasana yang indah.
- Anda kemudian disuruh membayangkan masalah yang dihadapi,
airmata keluar tanpa disedari dan seterusnya anda disuruh
melontarkan masalah tersebut jauh-jauh. Apabila tersedar anda
berasa segar dan ringan tanpa masalah.
- Teknik ini sebenarnya bermain dengan fikiran bawah sedar dengan
membersihkan masalah yang menganggu tanpa disedari.

Langkah 19 – Terima Keadaan Seadanya.
- Jangan mengharapkan sesuatu keadaan berubah mengikut
kehendak kita kerana tidak semua yang kita ingini akan menjadi
kenyataan.
- Dalam keadaan ini ada baiknya jangan terlalu mengharap sesuatu
yang terlampau hebat supaya anda tidak merasa terlalu kecewa jika
tidak memperolehinya.
- Terima keadaan seadanya dan berbahagia dan menghargai apa
yang ada tanpa membandingkan dengan apa yang orang lain
dapat.

Langkah 20 – Amalkan Sikap Dan Gaya Hidup Sihat.
- Bersikap terbuka dalam semua perkara dengan membuka minda dan
anda sedia menerima sesuatu bencana.
- Sedar dan mensyukuri bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan
dari Allah Taala dan ada hikmah disebaliknya. Gunakan kelebihan
fikiran yang dikurniakan Tuhan untuk mengatasi masalah mendatang.
- Amalkan gaya hidup sihat dengan mengambil makanan seimbang
dan hidup secara teratur serta terurus dan jangan melakukan kegiatan
yang tidak sihat dan merosakkan diri dan kehidupan.
Assalamualaikum......

Di sini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman selama 4 tahun mengajar di Tadika Yayasan lslam...sebenarnya
bukan sedikit tetapi banyak pengalaman manis dan pahit....pengalaman manis ialah sewaktu berjumpa dengan
ibu bapa kanak-kanak yang masih mengenali dan berhubungan dengan saya walaupun anak mereka telah lama meninggalkan alam prasekolah......

pengalaman pahit pula apabila tadika tempat saya mengajar digelar sebagai cap ayam oleh seorang bapa
kepada salah seorang anak didik saya....perkataan yang diucapkan itu masih terngiang2 ditelinga saya.....

sedikit perkongsian pengalaman pahit dan manis.....

Sunday, June 3, 2012

“Sesungguhnya ulama adalah pewaris para Nabi. Sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Sesungguhnya mereka hanya mewariskan ilmu maka barangsiapa mengambil warisan tersebut ia telah mengambil bahagian yang banyak.”(Riwayat Tirmizi, Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah. Disahihkan oleh Al-Albani) 
assalamualikum......

cara-cara saya mengatasi kanak-kanak nakal:
1.memberi nasihat.
2.panggil secara individu
3.jumpa ibu bapa kanak-kanak dan berbincang

bergelar pelajar di IPG merupakan satu pengalaman yang tak dijangka tapi sangat mengujakan.sepanjang cuti sekolah perlu menghadiri kuliah yang mana menguji
SALAM HORMAT
Blog ini khusus untuksemua pelajar yang bernaung di IPG Kampus Sultan Mizan dalam mode KDC.

Medan yang sesuai untukm berkongsi cerita, pengalaman dan sebagainya sebagai rencah untuk dimanfaat bersama.

Sebarang tulisan/catatan adalah berbentuk pandangan peribadi dan tidak semestinya merupakan rujukan rasmi IPG KSM.